FOR YOU


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Yahoo!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, July 1, 2011

info 2 .

membongkar rahsia YAHUDI ?        

kali ni wanie nk b'kongsi ttg simbol singa judah . Logo yang mempunyai wajah singa merupakan logo yang sangat popular. Kita boleh melihat logo berwajah singa di mana-mana sahaja sama ada di televisyen atau di sekeliling kita. Logo berwajah singa paling banyak digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan, kelab, syarikat dan sebagainya di negara barat.

     Logo singa ini sebenarnya bermula dari mereka (orang barat) juga. Ramai yang tidak mengetahui bahawa simbol singa diperkenalkan oleh orang-orang Yahudi dan ia merebak terlalu banyak di seluruh dunia termasuklah Malaysia sehingga umat Islam sendiri sudah merasa serasi dengannya.

     Di Malaysia, singa popular di dalam cerita kanak-kanak dan diberi nama Raja Rimba dalam sesetengah cerita. Kebiasaannya watak singa boleh didapati pada versi cerita sang  kancil. Agak menghairankan juga apabila singa dijadikan watak utama bagi sesetengah cerita kanak-kanak sedangkan singa tidak terdapat di Malaysia melainkan hanya di Afrika sahaja.

METRO-GOLDWYYN-MAYER


     Syarikat berlambang singa adalah antara syarikat perfileman yang terbesar di Hollywood. Semua orang mengetahui dan biasa melihat gambar singa mengaum Metro-Goldwyn-Mayer. Wajah singa mengaum biasanya dilihat sebelum sesebuah filem itu bermula sama ada di televisyen, DVD, atau panggung wayang.

     Metro-Golwyn-Mayer memilih singa sebagai maskot syarikat kerana tiga orang pengasasnya adalah berbangsa Yahudi. Jika ketiga-tiganya Yahudi adalah tidak mustahil lagi maskot singa yang dipilih itu adalah Singa Judah iaitu simbol keagamaan Judais.

     Syarikat MGM ditubuhkan pada 1924 oleh Marcus Loew apabila beliau berjaya mengambil alih tiga syarikat perfileman di Hollywood iaitu Metro Pictures, Goldwyn Pictures Corporation dan Louis B. Mayer Pictures. Setelah mengambil alih, ketiga-tiga nama syarikat itu digabungkan menjadi satu syarikat iaitu Metro-Goldwyn-Mayer.



             

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete